Saturday, 31 March 2012

Ramones / I Don't Want To Grow Up (MP4)


sumber - http://musicwallpapers.net/r/The_Ramones

Friday, 30 March 2012

Guru / Dr Maza

Kata-kata ini dipetik daripada artikel terbaru Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Minda Tajdid -
http://drmaza.com).

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Thursday, 29 March 2012

Segalanya Mungkin - DR MAZA

video

Video format AMV, sesuai untuk pemain MP4 (1.2 inci - 1.5 inci).
Layarilah blog Dr Maza:   http://drmaza.com

Untuk Renungan Bersama / Dr Maza

video

Video format AMV, sesuai untuk pemain MP4 (1.2 inci - 1.5 inci)
Layarilah blog Dr Maza:  http://drmaza.com

John Carter - Filem 'Best' & 'Santai'

Sumber:  http://www.filmofilia.com/john-carter

                     

GENRE
Fiksyen Angkasa Lepas
PENGARAH
Andrew Stanton
PELAKON
Taylor Kitsch, Lynn Collins, Willem Dafoe, Thomas Haden Church,
Samantha Morton, Ciaran Hindsm, Mark Strong
EDARAN
Walt Disney Pictures
TAYANGAN
Mulai 8 Mac 2012
SUMBER
http//www.murai.com.my


HBML4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

 Assignmentku - Semester September 2011 (OUM). Merangkumi:
1.  Elemen-elemen dalam membuat persediaan pengucapan awam.
2.  Persediaan awal dalam pengucapan awam.


1.1  pengenalan
Pengucapan awam adalah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar.  Ia merupakan satu proses komunikasi yang bertujuan untuk memindahkan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain. Verdeber (1996) menggariskan beberapa prinsip penting pengucapan awam.  Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu penerangan dan pemujukan. Dalam konteks ini, memindahkan dan menyampaikan mesej dengan berkesan menjadi cabaran kepada pengucap.  Ia merupakan satu proses interaksi antara pihak yang bercakap dengan pihak yang mendengar dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat, idea, maklum balas, meningkatkan hubungan, memberi pendapat, mendapatkan kepastian, mengetahui sesuatu yang baru, membuat keputusan secara bersama dan seumpamanya.

Sunday, 25 March 2012

Assignment HBML4203 (Kesusasteraan Melayu)

(sumber-http://www.snusmanawang.com/buku/)

1.1  pengenalan
Ilmu kesusasteraan merupakan suatu bentuk ilmu yang menggambarkan keagungan tamadun dan keintelektualan sesebuah bangsa. Disiplin ilmu kesusasteraan menitik beratkan pengajian tentang pemikiran budaya, moral dan keperibadian sesebuah bangsa.  Dalam era globalisasi yang melanda negara kita pada hari ini, ilmu kesusasteraan diyakini dapat memberikan keseimbangan yang sewajarnya bagi kesejahteraan hidup manusia.  Ilmu kesusasteraan, di samping ajaran agama, merupakan suatu wadah kepada manusia untuk mengenali asal usul mereka, memahami hakikat kewujudan manusia, malah mendalami keesaan Tuhan.  Perkara-perkara ini adalah suatu bentuk pengetahuan asas dalam sejarah kehidupan manusia dan perlu kekal sepanjang masa.

Puisi Indah Untuk Guru - Obor Hemah & A. Samad Said

(Sumber-http://www.facebook.com/asamadsaid)

Cinderella (MP3)

video

CINDERELLA

Saturday, 24 March 2012

Wallpaper Wayang

JOHN CARTER

Filem Pilihanku Minggu ini

Aku suka menonton wayang.  Jika ada waktu terluang aku pasti akan mengunjungi pawagam.  Menonton wayang boleh menenangkan minda dan melupakan sejenak ‘stress’ dan penat yang aku alami ketika bekerja. Berikut adalah sedikit info mengenai filem yang telah aku tonton beberapa minggu lepas. 

(Sumber:  http://www.desktop4ipad.com)


FILEM
War Horse
GENRE
Drama epic
ARAHAN
Steven Spielberg
PELAKON
Jeremy Irvine, Emily Watson dan David Thewlis
TAYANGAN
2 Februari 2012
SUMBER
Amirul Haswendy (http://www.hmetro.com.my/myMetro-Ahad, 25 Mac 2012)


Sunday, 11 March 2012

HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Assignment / kertas kerja yang mengupas faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu tidak berupaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Hmmm...kalau assignment ni, bermanfaat anda dibenarkan menceduk isi-isinya dan jika sebaliknya sila tinggalkan komen. Terima kasih.

ABSTRAK
Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang gilang-gemilang dalam sejarah. Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan bahasa perundangan, bahasa sastera dan bahasa perhubungan. Kini, segala-galanya telah berubah disebabkan oleh arus globalisasi. Bahasa Melayu kini terpinggir dari sudut fungsinya sebagai media penyampai ilmu dan informasi. Kemajuan dan perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi dan maklumat seolah-olah menghimpit perkembangan bahasa Melayu. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas dan merungkaikan persoalan yang menyebabkan bahasa Melayu kehilangan upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia, terutamanya bahasa Inggeris. Dalam kertas kerja ini juga akan membincangkan secara ringkas peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu. Berdasarkan kertas kerja ini, bahasa Melayu adalah setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia dari segi keupayaannya sebagai bahasa ilmu kerana kesediaannya menerima maklumat mengikut siuasi dan keperluan semasa.

Saturday, 3 March 2012

Assignment & Exam Ulangan (HBML4403)


Hmm...testing...testing.... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini percubaan ku yang pertama menulis dalam laman maya. Menulis sekadar suka-suka sambil berkongsi rasa dengan semua. Isu pertama ku...assignment HBEF1403 (Seni Dalam Pendidikan), assignment terakhir sebelum menamatkan pengajian di OUM dan date linenya ialah pada hujung minggu ini.  Hmmm...nampaknya kebiasaan suka menangguh kerja terbawa-bawa sehinggalah ke akhir semester.  Lebih tension lagi apabila aku mendapat sms dari OUM- kertas HBML4403 perlu diduduki semula kerana berlaku soalan bocor. Aduhhh...minggu ini pasti menjadi minggu yang 'padat' untuk ku- terpaksa menyiapkan assignment dan perlu ulangkaji untuk peperiksaan ulangan. Itu belum lagi ditambah dengan tugas-tugas rasmi di sekolah. Moralnya, jangan suka tangguh-tangguh kerja dan jangan study pada saat-saat akhir. Peringatan untuk diriku...ngeee!