Saturday, 24 March 2012

Filem Pilihanku Minggu ini

Aku suka menonton wayang.  Jika ada waktu terluang aku pasti akan mengunjungi pawagam.  Menonton wayang boleh menenangkan minda dan melupakan sejenak ‘stress’ dan penat yang aku alami ketika bekerja. Berikut adalah sedikit info mengenai filem yang telah aku tonton beberapa minggu lepas. 

(Sumber:  http://www.desktop4ipad.com)


FILEM
War Horse
GENRE
Drama epic
ARAHAN
Steven Spielberg
PELAKON
Jeremy Irvine, Emily Watson dan David Thewlis
TAYANGAN
2 Februari 2012
SUMBER
Amirul Haswendy (http://www.hmetro.com.my/myMetro-Ahad, 25 Mac 2012)


War Horse sebuah kisah yang berlatar belakangkan zaman era Perang Dunia I.  Filem ini mengisahkan seorang remaja bernama Albert yang menerima seekor kuda daripada bapanya.  Albert menjalin ikatan yang sangat rapat dengan kuda yang dinamakan Joey. Pada minit awal, plot berkisar mengenai hubungan yang terbina antara Albert dan Joey.

Daripada seekor kuda yang hidup di ladang, Joey dihantar ke Perancis selepas perang dunia meletus. Joey dan beberapa ekor kuda yang lain dihantar ke medan perang untuk dijadikan kuda perang. Joey sebenarnya dijual oleh bapa Albert kepada pihak tentera kerana ladangnya tidak membuahkan hasil yang lumayan.  Malangnya, Albert tidak dapat mengikut kuda kesayangannya, dan selepas itu perkembangan cerita tertumpu kepada Joey.

Dalam era perang, Joey berpindah tangan secara paksa daripada tentera Perancis kepada pihak Jerman dan kemudian ditemui semula oleh pihak lain di tanah berkecuali.  Joey akhirnya dihantar pulang ke Britain dan akhirnya dipertemukan semula dengan Albert dalam suasana yang menyentuh perasaan.

File ini diarah oleh Steven Spielberg.  Filem ini cukup sentimental, walaupun diangkat daripada buku cerita kanak-kanak. The War Horse, berjaya membawa penonton menjiwai beberapa babak yang menyentuh perasaan. Terlalu banyak babak yang ‘kuat’ dan dihasilkan dengan penuh dramatik terutama ketika ia bercerita mengenai kesan perang terhadap makhluk bernyawa.  Nilai kekeluargaan, kasih sayang, persahabatan, kesetiaan, kemanusiaan dan sebagainya digarap dengan begitu baik dalam filem ini menerusi beberapa watak, termasuklah pada watak Joey itu sendiri.

Secara peribadi, Spielberg berjaya mengarahkan filem ini dengan baik! Pengarah itu berjaya mengemudi plot ke arah perspektif yang sangat menyentuh hati.  Oleh itu, aku berikan 5 bintang untuk The War Horse.  Anda mahu download filem? Add dan jadikanlah Mjj Movie Free rakan dalam akaun facebook anda atau terus ke:  



No comments:

Post a Comment