Monday, 30 April 2012

Aku & Sesuatu

(Pencipta, Penulis & Pelukis - AIE)

Aie - Penulis dan pelukis kartun yang aku minat pada akhir tahun 90-an dan awal 2000.  Salah satu sebab aku membeli dan meminati majalah kartun Ujang adalah kerana Aie.  Aku meminati tulisan dan lukisan Aie dalam majalah tersebut iaitu 'Aku Hidup Dalam Blues' / 'Blues Untuk Aku'.  Tetapi selepas beberapa ketika, Aie telah keluar (?) dari majalah Ujang dan menghasilkan majalah kartunnya (?) sendiri.  Selepas tu aku dah kurang minat dengan cerita 'Blues Untuk Aku', sebabnya...penulis dan pelukis untuk cerita tersebut telah diambil alih oleh kartunis lain. 



Sunday, 29 April 2012

The Avengers


Gabungan Superhero


Trailer:


Minggu ini aku berpeluang menonton filem lagi.  Ya, kali ini aku menonton The Avengers- gabungan beberapa hero yang terdiri daripada Iron Man, Captain America, Hulk (bukan Hulk Hogan), Thor, Black Widow dan Hawkeye.  Filem ini merupakan adaptasi dari komik Marvel.  Aku tidak berapa mengenali watak Black Widow dan Hawkeye berbanding hero-hero yang lain.  Walau bagaimanapun kemunculan dua hero dan  heroin ini tetap memberikan impak dalam cerita ni...

Friday, 27 April 2012

Iron Maiden




Origin:
England
Genres:
Heavy Metal
Years Active:
1975 - Present

Wednesday, 25 April 2012

Aku, Kasut Converse dan...




Bukan untuk menunjuk-nunjuk, cuma sekadar ingin berkongsi rasa & cita rasa dengan mereka yang sealiran rasa.....

Aku suka pakai kasut Converse.  Kenapa? Mungkin untuk kelihatan 'cool'?  Ha..ha...tidaklah...  Sejak bila aku mula minat Converse? Hmmm...aku mula meminati kasut ni sejak aku masih budak sekolah lagi. Kalau tidak silap, kasut ni popular ketika era 'grunge' melanda negara...  Pada masa tu aku masih belum mampu untuk membeli kasut converse.  Untuk melepaskan gian, maka aku pun pakailah kasut yang kelihatan ala-ala Converse, kalau tidak silap kasut Pallas Jazz! Ngeee...  Waktu tu kasut Converse yang popular ialah Converse Chuck Taylor All Star Hi-Top.  Harganya pada masa itu...lebih kurang RM79.90.  Harga yang cukup mahal untuk seorang budak sekolah.


Converse Chuck Taylor All Star Hi-Top

Monday, 23 April 2012

Aku & Spider-Man

The Amazing Spider-Man
 Tarikh tayangan - 3 Julai 2012 

Pelakon:
Andrew Garfield - Peter Parker / Spider-Man 
Emma Stone - Gwen Stacy
Rhys Ifans - Dr Curt Connors
Denis Leary - Captain Stacy
Campbell Scott - Richard Parker
Irrfan Khan - Dr Ratha
 Martin Sheen - Ben Parker
Sally Field - May Parker

Thursday, 19 April 2012

Aku Generasi 80-an

The Greatest American Hero

Aku lahir pada awal 70-an dan mula bersekolah dalam Darjah 1 pada tahun 1980.  Zaman kanak-kanak dan remajaku bermula pada dekad 80-an.  Gambar di atas merupakan salah satu hero dan pujaan kanak-kanak (termasuk aku) pada awal tahun 80-an (1983?).  Kalau tidak silap nama hero ni Ralph dan mempunyai kuasa luar biasa setelah mendapat sehelai baju dari alien.  Zaman 80-an - zaman tanpa internet, facebook, Play Station dan sebagainya, namun tetap indah untuk dikenang.  Permainan yang popular pada masa itu cuma game watch (game and watch) dan basikal BMX- tu pun cuma anak-anak orang berada sahaja mampu memilikinya.

Boxset Search MP3 30 Tahun

'Like' fan page Amy Search (facebook) dan sertai pertandingan ni. Mana tau menang pemain MP3 Search...


Monday, 16 April 2012

Edward Scissorhands (1990)



Saturday, 14 April 2012

Republik P-A-G-E

Cerpen ini ditulis oleh Aidil Khalid dan dimuat turun dari ruangan sastera Berita Harian Online 
(15 April 2012).

PROFIL PENULIS:
AIDIL Khalid menulis dalam genre cerpen, sajak, novel dan skrip drama radio adalah peserta Minggu Penulis Remaja 2007. Lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi MARA dan kini bertugas di Tetuan Ong Partnership. Pengarang boleh dihubungi di aidilkhalid@gmail.com atau layari http://aidilkhalid.blogspot.com


Friday, 13 April 2012

Nota P&P Pendidikan Khas


Pengenalan
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, semua kanak – kanak di Malaysia berhak mendapat pendidikan yang sama rata berdasarkan kepada keupayaan masing – masing. Maka bagi kanak – kanak berkeperluan khas, mereka juga tidak dinafikan untuk memperoleh peluang pendidikan melalaui dasar – dasar pendidikan yang di salurkan melalui pendidikan khas, bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Khas.
“Pendidikan Khas di Malaysia adalah usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.”
Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa juga jenis atau tahap kecacatan, kelemahan atau kekurangan harus menerima pendidikan percuma dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan belas tahun. Pendidikan bagi orang kurang upaya harus termasuk ke dalam perancangan pendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah. Pihak berkenaan harus berusaha mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa. Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa, pihak berkenaan haruslah :

Converse All Star Wallpapers

(1920 X 1200 PX)
PNG IMAGE

BLACK

Wednesday, 11 April 2012

Bunkface / Panik

Tuesday, 10 April 2012

Model Terlaris Nokia

Telefon Bimbit
(telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar)

Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pangkalan yang dikenali sebagai tapak sel.  Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan pertama dilancarkan di Jepun oleh NTT pada tahun 1978. Menjelang November 2007, jumlah pelanggan telefon mudah alih di seluruh dunia telah mencecah 3 bilion, atau separuh dari populasi manusia yang menjadikan telefon bimbit teknologi paling meluas digunakan di dunia.

7 Pesaing I Pad

Informasi Gadjet Terkini


KEHADIRAN iPad baru mencetus fenomena malah mendapat sambutan luar dugaan di seluruh dunia.  Sehingga hari ini, dilaporkan lebih tiga juta unit iPad dikatakan sudah dijual di seluruh dunia.  Layar teknologi Retina serta sambungan 4G LTE (Long Term Evolution) menjadi fungsi utama dalam tablet pintar ini.  Walaupun mendapat sambutan dan ramai yang bermimpi-mimpi memilikinya, ada beberapa tablet lain yang dianggap ancaman 'serius' dan pesaing rapat iPad terbaru ini. 

Berita Harian Online | MBMMBI Pilihan Terbaik

Berita Harian Online | MBMMBI Pilihan Terbaik

Berita Harian Online | Guru Tak Benar Tiru Kena Bunuh

Berita Harian Online | Guru Tak Benar Tiru Kena Bunuh

Monday, 9 April 2012

Pink Floyd & Dark Side Of The Moon

(sumber: ROTTW- edisi 174, 2011)
Pink Floyd ditubuhkan pada tahun 1965.  Line upnya terdiri daripada Syd Barret (vokal, gitar), Rick Wright (keyboard, vokal), Roger Waters (bass, vokal), Nick Mason (drum) & David Gilmour (mengambil alih tempat Syd Barret). Pink Floyd - hasil gabungan nama dua pemuzik blues- Pinkey 'Pink' Anderson dan Floyd Council (diilhamkan oleh Syd Barret).  Pada tahun 1973 Pink Floyd telah melancarkan album 'masterpiece' mereka iaitu Dark Side Of The Moon.  Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ialah "On The Run", "Time", "The Great Gig In The Sky", "Money", "Us And Them", "Brain Damage" dan lain-lain lagi. 



Anda boleh muat turun dan mendengar album (live) ini melalui link di bawah.  Fail adalah dalam format mp3.


 

Sunday, 8 April 2012

Aku dan Kajianku (OUM)

Kelmarin, 07 April 2012 aku menduduki peperiksaan HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan di Pusat Pembelajaran OUM Tawau.  Ini merupakan peperiksaan yang terakhir aku duduki dalam sesi pembelajaran PJJ ku di OUM.  Syukur ke hadrat ilahi kerana aku dan rakan-rakan lain berjaya mengharungi pembelajaran PJJ sehingga ke peperiksaan akhir.  Semoga aku dan rakan-rakan berjaya dalam peperiksaan ini dan seterusnya memperoleh segulung  ijazah (Sarjana Muda Pengajaran).  Insyaallah... 

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai kajian yang telah aku laksanakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengajaran.  Kajian ku bertajuk, "Meningkatkan Kemahiran Membaca Menggunakan Teknik Latih Tubi Membaca Kad Bacaan Dalam Kalangan Murid-murid Tahun 2, SK xxx xxxxxx, Lahad Datu, Sabah".

Sunday, 1 April 2012

Nota Seni Dalam Pendidikan



Pengenalan
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat.