Sunday, 8 April 2012

Aku dan Kajianku (OUM)

Kelmarin, 07 April 2012 aku menduduki peperiksaan HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan di Pusat Pembelajaran OUM Tawau.  Ini merupakan peperiksaan yang terakhir aku duduki dalam sesi pembelajaran PJJ ku di OUM.  Syukur ke hadrat ilahi kerana aku dan rakan-rakan lain berjaya mengharungi pembelajaran PJJ sehingga ke peperiksaan akhir.  Semoga aku dan rakan-rakan berjaya dalam peperiksaan ini dan seterusnya memperoleh segulung  ijazah (Sarjana Muda Pengajaran).  Insyaallah... 

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai kajian yang telah aku laksanakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengajaran.  Kajian ku bertajuk, "Meningkatkan Kemahiran Membaca Menggunakan Teknik Latih Tubi Membaca Kad Bacaan Dalam Kalangan Murid-murid Tahun 2, SK xxx xxxxxx, Lahad Datu, Sabah".




ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan xxx xxxxxx, Lahad Datu, Sabah.  Daripada data awal yang diperoleh daripada guru kelas Tahun 2, responden-responden mengalami masalah untuk membaca perkataan-perkataan yang mengandung digraf atau konsonan bergabung seperti ‘kh’, ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’.  Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan teknik latih tubi membaca kad bacaan sebagai satu alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.  Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimen melalui soal selidik, ujian pra dan ujian pasca.  Kajian ini melibatkan responden seramai 30 orang sebagai sampel kajian.  Responden-responden ini dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan eksperimen.  Ujian pra dan pasca telah dijalankan ke atas responden-responden tersebut untuk melihat keberkesanan pengajaran menggunakan teknik latih tubi membaca kad bacaan.  Hasil daripada analisis ujian pasca ke atas kumpulan eksperimen telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan kerana 80% daripada responden dalam kumpulan tersebut boleh membaca selepas sesi rawatan.  Ini menunjukkan teknik yang dipilih dan diaplikasikan dalam sesi rawatan terbukti mampu untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca.  Dapatan daripada instrumen yang digunakan dalam kajian ini diproses dalam Microsoft Word dan dipaparkan dalam bentuk jadual dan gambar rajah.

 
ABSTRACT
The research was done in order to enhance the reading skill among the Year 2  pupils at Sekolah Kebangsaan xxx xxxxxx, Lahad Datu.  From the preliminary data provided from the Year 2 class teacher, the respondents were identified for having difficulties in reading words with digraph or combined consonants such as ’kh’, ’ng’, ’ny’and ’sh’.  In this research, the researcher used the drilling techiques of reading word cards as an alternative to overcome the problem.  It was done using experimental research design by conducting questionnaires, pre test and post test.  There were 30 respondents involved in this research.  These respondents were divided into 2 groups namely the treatment group and the experimental group.  Pre test and post test has been done to the respondents to see the effectiveness of teaching using the word cards drilling technique.  The analysis of the post test on the experimental group has shown a positive result which 80% of the respondents from the group were able to read fluently after the treatment session.  It is proved that the technique chosen and applied during the treatment session was able to help pupils to master the reading skill.  Therefore, the findings from the instrument used in this research has been processed in Microsoft Word and displayed in tabular form and diagram.


No comments:

Post a Comment