Thursday, 19 April 2012

Aku Generasi 80-an

The Greatest American Hero

Aku lahir pada awal 70-an dan mula bersekolah dalam Darjah 1 pada tahun 1980.  Zaman kanak-kanak dan remajaku bermula pada dekad 80-an.  Gambar di atas merupakan salah satu hero dan pujaan kanak-kanak (termasuk aku) pada awal tahun 80-an (1983?).  Kalau tidak silap nama hero ni Ralph dan mempunyai kuasa luar biasa setelah mendapat sehelai baju dari alien.  Zaman 80-an - zaman tanpa internet, facebook, Play Station dan sebagainya, namun tetap indah untuk dikenang.  Permainan yang popular pada masa itu cuma game watch (game and watch) dan basikal BMX- tu pun cuma anak-anak orang berada sahaja mampu memilikinya.


Televisyen merupakan alat hiburan yang popular pada dekad 80-an. Hmmm...tu saja yang aku ada, tu pun hitam putih hmmm...  Banyak rancangan tv yang popular pada waktu itu.  Antarannya ialah drama bersiri kantonis - The Bund.  Kalau tidak silap rancangan ni bermula pada jam 6.00 pm dan pelakon utamanya ialah Chow Yun Fat.  Masa ni kami adik beradik akan mandi awal dan mula berkumpul depan tv.




Zaman 'breakdance' dan Michael Jackson turut melanda pada tahun 80-an.  Dan selepas tu zaman rock kapak pun bermula.  Apa makna 'rock kapak'? Nash Lefthanded kata kapak tu maksudnya 'car park' (tempat letak kereta).  Betul ka? Search, Lefthanded & Wings menjadi idola semua remaja.  Semua orang mahu berambut panjang, berseluar ketat, pakai baju 'matahari', kasut 'aliph' (kasut edisi Lefthanded) dan belajar main gitar (aku- sampai sekarang tidak pandai main gitar!). Ketika rock kapak melanda aku sudah berada di Tingkatan 1 pada tahun 1986.
 

Aku copy dari blog orang lain...ngeee....


Kini semua kenangan zaman kanak-kanak, zaman remaja dan era 80-an cuma tinggal kenangan.  Aku bersyukur kerana berjaya mengharungi zaman remaja dan tidak hanyut oleh semua 'trend' yang melanda...


No comments:

Post a Comment