Wednesday, 25 April 2012

Aku, Kasut Converse dan...




Bukan untuk menunjuk-nunjuk, cuma sekadar ingin berkongsi rasa & cita rasa dengan mereka yang sealiran rasa.....

Aku suka pakai kasut Converse.  Kenapa? Mungkin untuk kelihatan 'cool'?  Ha..ha...tidaklah...  Sejak bila aku mula minat Converse? Hmmm...aku mula meminati kasut ni sejak aku masih budak sekolah lagi. Kalau tidak silap, kasut ni popular ketika era 'grunge' melanda negara...  Pada masa tu aku masih belum mampu untuk membeli kasut converse.  Untuk melepaskan gian, maka aku pun pakailah kasut yang kelihatan ala-ala Converse, kalau tidak silap kasut Pallas Jazz! Ngeee...  Waktu tu kasut Converse yang popular ialah Converse Chuck Taylor All Star Hi-Top.  Harganya pada masa itu...lebih kurang RM79.90.  Harga yang cukup mahal untuk seorang budak sekolah.


Converse Chuck Taylor All Star Hi-Top
Kasut Converse pertama yang ku miliki setelah bekerja ialah sepasang Converse Chuck Taylor All Star Hi-Top.  Aku membelinya dengan harga RM79.90 pada akhir-akhir tahun 90-an.  Yang istimewanya aku mendapat sehelai baju t-shirt Converse sebagai hadiah pembelian.  Walau bagaimanapun kasut tersebut telah hilang sebelum aku puas memakainya...

Kini aku masih lagi meminati dan memakai kasut Converse- walau ada yang kata kasut ni kasut 'budak-budak' dan tidak lagi relevan dengan zaman.  Sekiranya ada sedikit lebihan wang gaji, aku pasti akan membeli sepasang kasut Converse.  Aku meminati kasut Converse yang 'old school' dan jenis Lo-Top.  Terdapat sebuah kedai kasut di daerah Lahad Datu yang kadang-kadang menjual kasut Converse dengan harga murah.  Kasut tu dari jenis 'old school'- mungkin tidak laku.  Maka akulah yang akan membelinya...ha..ha...  Pada hari gaji aku pasti akan datang menjenguk-jenguk di kedai tersebut untuk melihat kalau-kalau ada kasut Converse yang aku berkenan dan dijual dalam harga murah....

Joshua Mueller - Pemilik Terbanyak Kasut Converse 'Chuck'




Yang di bawah ni Converse palsu, dua tiga kali jak aku pakai dah koyak- Jangan beli barangan tiruan!








"Jangan Bersedih Sekiranya Kita Tidak Mempunyai Kasut, Sedangkan Orang Lain Tidak Mempunyai Kaki"


Convers Chuck Taylor Timeline:
1908 -- Converse Rubber Shoe Co. opens in Malden, Mass.
1915 -- Converse begins production of canvas shoes.
1917 -- The first Converse All Star emerges from the factory.
1918 -- Basketball player Charles "Chuck" Taylor laces up his first pair of All Star sneakers.
1921 -- Taylor pitches some ideas on improving the shoes to Converse.
1930s -- Taylor contributes his signature to the sneakers.
1939 -- Taylor's shoes make it on both teams in the NCAA basketball championship game.
1962 -- The low-cut All Star debuts.
1966 -- Leaping from black and white to living color, Converse introduces seven new All Star hues.
1973 -- Johnny Carson sports black Chuckies on the "Tonight Show" while his guest, Brazilian soccer player Pele, demonstrates ball-handling skills.
1977 -- Members of the British band The Sex Pistols regularly are seen in their All Star sneakers, giving the shoes some street cred as a punk accessory.
1984 -- The U.S. Men's Olympic basketball team wins gold while wearing Converse.
1992 -- More than 500 million pairs of All Star sneakers have been sold by the shoe's 75th anniversary.
2003 -- Nike purchases Converse, which had been losing ground to burgeoning competition.
2005 -- Converse launches the Dwyane Wade shoe, its first signature basketball shoe since the Chuckies debuted. 
2008 -- Converse celebrates its 100th anniversary. 


2 comments: