Monday, 30 April 2012

Aku & Sesuatu

(Pencipta, Penulis & Pelukis - AIE)

Aie - Penulis dan pelukis kartun yang aku minat pada akhir tahun 90-an dan awal 2000.  Salah satu sebab aku membeli dan meminati majalah kartun Ujang adalah kerana Aie.  Aku meminati tulisan dan lukisan Aie dalam majalah tersebut iaitu 'Aku Hidup Dalam Blues' / 'Blues Untuk Aku'.  Tetapi selepas beberapa ketika, Aie telah keluar (?) dari majalah Ujang dan menghasilkan majalah kartunnya (?) sendiri.  Selepas tu aku dah kurang minat dengan cerita 'Blues Untuk Aku', sebabnya...penulis dan pelukis untuk cerita tersebut telah diambil alih oleh kartunis lain. 





Majalah yang dihasilkan oleh Aie selepas itu ialah 'Aku Dan Sesuatu'.  Majalah tu sukar didapati di Sabah.  Aku mengikuti beberapa siri daripada majalah itu dan berjaya mendapatkan dua koleksi berwarna.  Selepas tu, Aie dan majalah tersebut telah menghilang daripada pasaran. Kemanakah Aie menghilang? Adakah dia masih melukis/menulis lagi? Semoga dia akan kembali aktif menulis dan melukis.....

Aku pernah order beberapa koleksi ADS tetapi order aku tidak sampai-sampai.  Mungkin kakitangan pejabat pos buang borang dan money order ku.  Sebab, masa menghantar borang tu aku bertengkar dengan seorang kakitangan yang bertugas di kaunter...ha..ha...  Di sini, aku ingin kongsikan beberapa lukisan Aie yang menarik, yang aku 'ambil' daripada dua koleksi berwarna majalah tersebut.













No comments:

Post a Comment