Sunday, 29 April 2012

The Avengers


Gabungan Superhero


Trailer:


Minggu ini aku berpeluang menonton filem lagi.  Ya, kali ini aku menonton The Avengers- gabungan beberapa hero yang terdiri daripada Iron Man, Captain America, Hulk (bukan Hulk Hogan), Thor, Black Widow dan Hawkeye.  Filem ini merupakan adaptasi dari komik Marvel.  Aku tidak berapa mengenali watak Black Widow dan Hawkeye berbanding hero-hero yang lain.  Walau bagaimanapun kemunculan dua hero dan  heroin ini tetap memberikan impak dalam cerita ni...


Selain daripada aksi-aksi pertarungan yang mencemaskan, kekuatan filem ini ialah unsur komedi yang terkandung di dalam hampir setiap babak.  Watak antagonis dalam cerita ni ialah Loki.  Kalau korang ada menonton filem Thor korang pasti kenal siapa Loki ni.  Dia berubah menjadi jahat sebab jealous pada abangnya, Thor yang telah dilantik menjadi raja.  Ketika menonton Iron-Man II aku hampir-hampir terlelap, tapi kali ni lakonan pelakonnya mantap! Kalau korang kaki wayang, tontonlah filem ni sebab best, kelakar dan hebat...  Filem ini sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa (terutama yang masih 'kanak-kanak riang').  

Wallpaper:




















No comments:

Post a Comment