Monday, 16 April 2012

Edward Scissorhands (1990)




Ni salah satu movie yang aku minat.  Dapat tengok movie ni dalam TV masa tahun 1990-an dulu.  Masa tu belum ada duit nak pergi panggung.  Tahun lepas aku berpeluang menonton semula filem ni selepas seorang kawan berjaya memuat turun 'Edward' dari internet.  Nak cari yang 'legal', filem ni memang sukar untuk didapati dalam pasaran (lainlah kalau filem 'X'- di pasar ikan pun ada dijual).  Filem ini diarahkan oleh Tim Burton.  Pelakon utamanya ialah Johnny Depp dan Winona Ryder.  Filem ini bergenre fantasi romantis, mengisahkan seorang/sebuah ciptaan yang belum lengkap bernama Edward yang mempunyai sepasang tangan gunting.  Kalau korang minat dengan filem ni boleh cari dan muat turun dari link ni: 


Korang juga boleh muat turun aplikasi di bawah.  Aplikasi ni boleh 'baca' semua jenis fail filem.


No comments:

Post a Comment