Tuesday, 10 April 2012

Model Terlaris Nokia

Telefon Bimbit
(telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar)

Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pangkalan yang dikenali sebagai tapak sel.  Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan pertama dilancarkan di Jepun oleh NTT pada tahun 1978. Menjelang November 2007, jumlah pelanggan telefon mudah alih di seluruh dunia telah mencecah 3 bilion, atau separuh dari populasi manusia yang menjadikan telefon bimbit teknologi paling meluas digunakan di dunia.


Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada 2004, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).  Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 38.9 peratus adalah perempuan.  Nokia masa kini merupakan pengeluar telefon bimbit terbesar, dengan menguasai sekitar 40% bahagian pasaran dunia pada 2008. Pengilang telefon bimbit utama yang lain termasuk Samsung (14%), Motorola (14%), Sony Ericsson (9%) dan LG (7%). Sumber:  http://ms.wikipedia.org/wiki/telefon_bimbit

Nokia 1100 merupakan model telefon bimbit jenama Nokia yang paling laris dalam pasaran dunia (sumber:  majalah ering, bilangan 27, Julai 2007).  

Nokia 1100
Nokia 1100 dikaji selidik pada tahun 2002 dan mula dipasarkan pada tahun 2003.  Jualan sedunianya telah melebihi 200 juta unit dalam masa 5 tahun dan ini juga merupakan rekod terbaru bagi produk elektronik.  Kumpulan kaji selidik Nokia 1100 sebenarnya hanyalah ingin mengeluarkan sebuah handphone yang mampu dimiliki oleh setiap orang, dan tidak menjangka model ini merupakan produk mereka yang terlaris dalam pasaran dunia.  Nokia 1100 menggunakan reka bentuk tegak dan menggunakan skrin dengan latar hijau dan huruf hitam walaupun dikeluarkan pada zaman skrin berwarna-warni.  Selain itu, panggilan dan SMS menjadi fungsi utama handphone.  Rekaan anti licin dan anti habuk serta keupayaan tenaga bateri juga merupakan point jualannya.

Antara produk elektonik yang mempunyai jualan melebihi 100 juta unit ialah iPod daripada Syarikat Apple (melebihi 100 juta unit sehingga April 2007) dan mesin permainan PS2 daripada Syarikat Sony (jualan 150 juta unit pada akhir tahun 2006).  Sebelum Nokia 1100 diedarkan, model Nokia 3310 merupakan model Nokia yang terlaris dengan jualan sebanyak126 juta unit semasa diedarkan dalam pasaran.


Nokia 3310


No comments:

Post a Comment