Saturday, 26 May 2012

WWE Extreme Rules 2012

JOHN CENA VS BROCK LESNAR EXTREME RULES 2012 HIGHLIGHT

Korang minat wrestling?  Ada orang tidak minat dengan wrestling entertainment ni sebab mereka kata gusti ni cuma lakonan sahaja.  Tapi apa pun, sekali-sekala best juga layan wrestling ni.  Salah satu perlawanan tumpuan dalam WWE Extreme Rules baru-baru ni ialah pertarungan antara John Cena dan Brock Lesnar.  Keputusannya boleh diketahui daripada video youtube di bawah:

Loudness


Selepas Iron Maiden, satu lagi kumpulan rock/heavy metal yang banyak mencorak hala tuju dan mempengaruhi muzik rock di Malaysia dan Singapura adalah Loudness! (http://www.majalahkarisma.com)   Buktinya, sila tonton video di bawah:



Wednesday, 23 May 2012

Europe / Dreamer (MP3)


Hanya Suka-suka... Dengarkan lagu daripada Europe,
DREAMER...


Monday, 14 May 2012

Manchester City Juara EPL Selepas 44 Tahun


 

Profail Pengurus

Tarikh Lahir

 27 November 1964

Tahun Menyertai Kelab 

2009

Kerakyatan

Itali

2012/05/13

MANCHESTER: Manchester City dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Queens Park Rangers di depan penyokong sendiri, sebentar tadi.

Wednesday, 9 May 2012

Assignment ODL / OUMH1103



1.1  pengenalan
Dalam era globalisasi sekarang, dunia menjadi semakin kecil. Maklumat berada di hujung jari, sempadan geo-politik sesebuah negara hanya wujud di atas kertas dan di dalam minda. Individu bergerak bebas dari sebuah kawasan jajahan ke sebuah kawasan jajahan lain tanpa sebarang sekatan, selagi memenuhi syarat undang-undang imigrasi sebuah negara berdaulat.  Perkara yang sama turut berlaku di dalam sektor pembekalan tenaga kerja. Seseorang pekerja berpeluang untuk menabur bakti di mana sahaja tempat di dunia ini, selagi tenaga atau kepakarannya diperlukan dan diiktiraf oleh majikan.
Di Malaysia, kita masih lagi tercari-cari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah graduan menganggur.  Jika kita perhatikan, institusi-institusi pengajian yang ada di Malaysia, sama ada instutusi pengajian tinggi, baik IPTA mahupun IPTS, semuanya boleh dikategorikan sebagai pembekal tenaga kerja, sama ada dikategorikan sebagai tenaga mahir, pakar, mahupun separa profesional.  Institusi-institusi ini akan mengeluarkan tenaga kerja yang diperlukan oleh pelbagai sektor, sebagai contoh, perindustrian, komputer, perkhidmatan dan pelayanan, yang kita kategorikan sebagai sektor awam dan sektor swasta.  Di dalam dunia global, persoalan lebihan atau lambakan tenaga kerja tidak lagi relevan, atau mungkin tidak sepatutnya wujud. Ini kerana, sepatutnya tenaga kerja atau individu pencari kerja boleh menawarkan khidmat mereka di mana sahaja di dunia ini.  Ada pendapat yang mengatakan bahawa semakin tinggi atau luas pendidikan yang diterima oleh rakyat sesebuah negara, kadar pengangguran akibat memilih kerja akan semakin meningkat.
Keadaan ini berlaku akibat keterdesakan pihak institusi pengajian untuk membekalkan mereka dengan kemahiran teknikal (technical skills) semata-mata sehingga mengabaikan kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran bersosial atau kemanusiaan (social atau soft skills) dan juga kemahiran keilmuan (knowledge skills). Banyak pendapat yang mengatakan bahawa faktor yang akan menentukan kejayaan seseorang dalam pekerjaan sangat dipengaruhi oleh faktor non-teknikal, iaitu kemahiran keilmuan dan kemahiran kemanusiaan itu tadi. 

Saturday, 5 May 2012

Bila Usia Menjelang 40...

(Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin)
Sumber:   http://drmaza.com


Artikel ini untuk renungan dan peringatan kepada diri ku sendiri.....


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Pemain MP4 & AMV Converter (4.0)

PEMAIN MP4
Pemain MP4 tu bukanlah yang ori, tu made in China.  Nak beli yang berjenama, aku tak mampu ngeee…...  Gadjet ni hanya boleh memainkan video dalam format AMV.  Kalau berminat, korang boleh muat turun aplikasi (AMV Converter 4.0) ni menerusi link di bawah:






IRON MAIDEN