Monday, 14 May 2012

Manchester City Juara EPL Selepas 44 Tahun


 

Profail Pengurus

Tarikh Lahir

 27 November 1964

Tahun Menyertai Kelab 

2009

Kerakyatan

Itali

2012/05/13

MANCHESTER: Manchester City dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Queens Park Rangers di depan penyokong sendiri, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Roberto Mancini buat pertama kalinya untuk tempoh 44 tahun menjulang Piala EPL selepas mencatatkan kemenangan dalam perlawanan penutup liga musim ini.
Di sebalik kemenangan 1-0 Manchester United ke atas Sunderland beberapa minit sebelum itu, jaringan penyerang Argentina, Sergio Aguero pada masa kecederaan melakarkan detik bersejarah buat penyokong Manchester City di Stadium Etihad.
“The Citizens” bergelar juara EPL musim ini berdasarkan perbezaan jaringan yang memihak kepada kepada Manchester City sehingga ke perlawanan terakhir liga. – AP/Premierleague.com 
Profail Kelab
Tarikh Tubuh
1880
Pengurus
Roberto Mancini
 Gelaran Kelab
The Citizens
Stadium
Etihad

No comments:

Post a Comment