Thursday, 21 June 2012

Nota HBML4303 (September 2011)


Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1.1  pengenalan
Konsep 5P adalah strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia di peringkat sekolah.  Terdapat lima elemen yang terkandung dalam konsep 5P iaitu strategi penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, program pengayaan dan pemulihan.  Konsep ini merupakan satu saranan agar bidang-bidang kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu.  Setiap elemen ini penting untuk membantu guru merancang satu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia yang efektif.  Semua elemen dalam konsep 5P dijalankan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.

Sunday, 17 June 2012

Blaze Of Glory (MP3)

Jon Bon Jovi


Released
 July 1990
Recorded 1990
Genre
Hard Rock
Length
48:43
Label
Mercury
Producer
 Jon Bon Jovi & Danny Kortchmar

Tuesday, 12 June 2012

Forest Gump (1994) DVDRIP


Trailer:


Saturday, 9 June 2012

Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO)

Sejarah Ringkas EUR0

Kejohanan Bola Sepak Eropah atau (Bahasa Inggeris: UEFA European Championship ) adalah kejohanan bola sepak terbesar antara negara-negara UEFA. Diadakan setiap empat tahun sekali sejak 1960, kejuaraan ini pada awalnya dinamakan sebagai Piala Negara-Negara Eropah (European Nations Cup), kemudian diganti dengan Kejohanan Bola Sepak Eropah (European Football Championship) pada 1968.

Dari 1960 hingga 1976 hanya empat pasukan yang layak dari pusingan kelayakan ke kejohanan akhir. Dari 1980 hingga 1992, lapan pasukan layak menyertai dan semenjak 1996 hingga kini enam belas pasukan bermain pada kejohanan ini. Pasukan-pasukan tersebut dipilih melalui perlawanan pada pusingan kelayakan. Tuan rumah mendapat tempat secara automatik.  Negara-negara yang pernah memenangi Kejohanan tersebut sejak dari tahun 1960:

Tuesday, 5 June 2012

Sabah dan Perjanjian 20 Perkara


Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara, mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura  membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963 sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja. 

Senarai Perkara:
Perkara 1: Agama
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

Perkara 2: Bahasa
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.