Tuesday, 18 September 2012

Awan / Cloud

(Ada Sesuatu Di Sebalik Awan)



Dunia IT semakin hari semakin berkembang.  Sekiranya kita tidak peka terhadap perkembangan tersebut mungkin kita akan jauh ketinggalan dalam arus kemodenan yang semakin berkembang dan maju ke hadapan.  Fuyooo...macam pengenalan sebuah assignment plak...  Ehem...saya baru sahaja terjumpa dengan istilah awan atau cloud dalam dunia IT...Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan konsep AWAN?

Majalah PC keluaran September 2012 menjelaskan secara terperinci mengenai konsep awan.  Cloud bukanlah sesuatu yang baru kerana kita telah lama didedahkan dengan konsep cloud atau awan.  Secara formalnya ia mula disebut-sebut dan diguna pakai setelah amalan melukis bentuk awan yang menghubungkan rangkaian komputer dan sistem komunikasi secara diagram diluaskan.  Cloud atau awan digunakan sebagai metafora untuk menggambarkan diagram servis atau aplikasi di internet yang menghubungkan komputer dan alat telekomunikasi bersama.  Ia untuk menjelaskan infrastruktur yang ia wakilkan dan bukan untuk dikelirukan dengan perkakasan yang digunakan.  


Majalah PC - September 2012


Ia boleh difahami sebagai satu servis atau perkhidmatan yang tidak terlihat secara fizikal namun boleh diakses dengan mudah dan murah menggunakan peranti digital yang ada hari ini.  Tidak terlihat tetapi amat berguna.  Apa yang telah kita nikmati hari ini juga sebenarnya sudah terlalu banyak yang berasaskan awan.  E-mel yang kita gunakan, aplikasi web, perkongsian, storan serta banyak lagi, semuanya adalah berasaskan konsep awan.  Konsep awan juga mampu menyediakan infranstuktur yang lebih besar, sebesar menjalankan sebuah perniagaan dan mendapat keuntungan.  Sebenarnya banyak pihak memandang serius terhadap servis awan (cloud).  Buktinya nama-nama besar seperti Intel, Microsoft, Apple, Acer, Lenovo dan nama besar lain dunia juga terlibat dengan cloud hari ini. 

Mereka menyifatkan cloud sebagai pemain pengubah untuk perusahaan.  Seperti mana kita ketahui juga, kegilaan terhadap Ultrabook semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini.  Ini didorong oleh kuasa pengkomputeran yang ditawarkan oleh ultrabook dalam faktor bentuk nipis yang menarik.

ACER ASPIRE S5


SUMBER:  http://www.theverge.com

Namun satu lagi yang dilihat menjadi trend ultrabook hari ini ialah sokongan awan.  Misalnya Acer Aspire S5, komputer skrin sentuh pertama oleh Acer turut menawarkan AcerCloud.  Ini bukanlah perkara baru dan boleh dikatakan juga Acer mengikut jejak langkah pemain lain dalam industri.  Namun usaha AcerCloud menjadi strategi paling bijak oleh Acer apabila menawarkan storan tanpa had untuk menyimpan dan menyalin data yang diinginkan, dan boleh diakses menerusi aplikasi Android.  


Sumber:  Majalah PC (September, 2012)

Untuk keterangan selanjutnya mengenai konsep awan, anda bolehlah mendapatkan Majalah PC keluaran September 2012.  Sekiranya majalah tersebut telah habis di pasaran, anda boleh memuat turun daripada link berikut:



No comments:

Post a Comment