Wednesday, 5 September 2012

Jimmy Palikat & Anak Kampung

Artis Terbaik Era
(September 2012)



Jimmy Palikat dipilih sebagai Artis Terbaik ERA bulan September berdasarkan populariti yang berjaya diraih oleh beliau pada tahun ini.

Jimmy Palikat dilahirkan pada 15 Disember 1978 di Kg Papar, Tambunan, Sabah. Anak jati sabah yang berketurunan Kadazan ini merupakan seorang komposer yang aktif menyanyi dan sangat terkenal di negeri kelahirannya, Sabah.


Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Kadazandusun, Jimmy yang mempunyai ketinggian 178cm sangat gemar menyanyi, menonton wayang dan melancong.
 
Anak bongsu dari sebuah keluarga besar ini mempunyai 10 orang adik-beradik dan sudah pun berkahwin. Jimmy turut memberitahu, beliau merupakan pakcik kepada penyanyi yang pernah popular satu ketika dahulu iaitu Nikki Palikat. 


Setakat ini, Jimmy telah menerbitkan 3 buah album Dusun-Pokitonon ku (Akan Ku Buktikan, 2002), Dusun-Kolumison Suang Pomogunan (Keindahan Alam, 2007) dan Dusun-Anak Kampung (Anak Kampung, 2010).



No comments:

Post a Comment