Tuesday, 18 September 2012

Era Ultrabook


ASUS TAICHI 5

Apa itu ultrabook?  Ultrabook ialah istilah dari intel untuk sebuah komputer dalam kategori laptop yang sangat mudah alih, nipis, ringan lagi berkuasa.  Teknologi ultrabook menggabungkan pemproses mobil baharu (intel CULV) dengan grafik yang disekalikan, dan juga penggunaan Solid State Drive (SSD) berasaskan flash.  Hayat bateri yang lebih lama iaitu 5 jam ke atas, dan dapat memulakan operasi sejurus ia dibuka dengan cepat.

Ultrabook mengikut definasi yang telah diberikan oleh Intel, ialah laptop yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core, dengan ketebalan tidak lebih dari 21 mm (0.8 inci) dan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih panjang.  Dilengkapi dengan skrin bersaiz 11.6 inci atau 13.3 inci dan beratnya di bawah 1.4kg.  
 Antara ultrabook yang popular di pasaran ialah Acer Aspire S5.


Acer Aspire S5 merupakan ultrabook yang menggoda senipis 11 mm dan berat 1.2 kg.  Ia menampilkan teknologi ultrafast thunderbolt, sangat ultra-responsif, disamping  penambahan Acer Green Instant On untuk masa mula segera serta kepantasan yang sering dimahukan oleh pengguna.  Harga bermula RM3, 499.

Sumber: Majalah PC (September, 2012)


No comments:

Post a Comment