Sunday, 7 October 2012

25 Cara Untuk Tingkatkan Kepantasan Internet



Majalah PC (Oktober 2012) telah menggariskan 25 langkah untuk meningkatkan kepantasan internet.  Langkah-langkah tersebut ialah:

01.  Gunakan Pelayar Terpantas
Jika sebelum ini kita sudah biasa menggunakan pelayar IE atau Firefox untuk melayari internet, apa kata kali ini kita beralih kepada Chrome.   Pelayar ini dikatakan terbaik setakat ini kerana kemampuannya menambah kelajuan termasuk carian pantas di bar alamat URL.


02.  Melumpuhkan Plugins
Plugin yang terlalu banyak boleh menyebabkan internet bergerak secara terhegeh-hegeh.  Oleh itu kita perlu 'melumpuhkan' mana-mana plugin yang tidak digunakan.  Plugin tidak perlu dibuang tetapi hanya perlu dilumpuhkan.  Caranya ialah:
Firefox:  Tools > Add-ons > pilih lambang Plugin > Disabale yang tidak diperlukan

03.  Buang Toolbar
Pelayar yang penuh dengan toolbar juga boleh melambatkan internet.  Pengguna internet perlu membuang mana-mana toolbar yang tidak diperlukan.

04.  Menambah Cache (IE)
Cache fail internet sementara perlu ditambah dalam IE.  Komputer kita tidak perlu bekerja keras apabila melawat kembali sesebuah laman web.  Kebanayakan imej yang telah dimuat turun pada komputer kita sudah tersedia dan itu mengurangkan jumlah masa yang diperlukan untuk membuka halaman.  Caranya:
Tools > Internet Options > Browsing History > General > Settings > Temporary Internet Files di bawah Check for newer versions of stored pages > Automatically.  Tetapkan Amount of disc space to use sekurang-kurangnya 250 MB.

05.  Imbas Sistem
Pengguna komputer perlu mengimbas sistem dengan antivirus jika prestasinya semakin lembab.  Pengguna juga perlu mengemaskini takrifan serta mengimbas sistem pelayar.  Untuk keselamatan menyeluruh, program anti-spyware perlu dipasang pada komputer.

06.  Langkah 6 - 25...ehem...sila dapatkan Majalah PC keluaran Oktober 2012 yang sudah berada di dalam pasaran sekarang.


No comments:

Post a Comment