Sunday, 7 October 2012

Bicara Buku: Blog

Bawa Pemikiran Anda Ke Tengah
(Aizam Hussin)



Istilah blog berasal dari 2 patah perkataan Inggeris iaitu web dan log kemudian dipendek dan digabungkan menjadi satu istilah yang dinamakan 'blog'.  Mengikut sumber dari wikipedia, istilah 'weblog' telah diperkenalkan oleh Jan Barger pada 17 Disember 1997 dan singkatan 'blog' telah diperkenalkan oleh Peter Merholz.

Istilah 'bloggers' merujuk kepada penulis sesebuah laman blog.  Seseorang mahupun sekumpulan yang mempunyai blog juga adalah bloggers.  Ini bererti bloggers terdiri daripada seorang atau lebih dari seorang penulis blog.  Seseorang bloggers hanya memerlukan bahan penulisan sebagai sumber catatan mereka tanpa menghiraukan sebarang pengetahuan tentang aturcara web atau rekabentuk grafik.


Di dalam buku ini, istilah bloggers digantikan dengan 'blogawan'.  Ini untuk mengelakkan kekeliruan dengan perkataan 'blogger'  yang merujuk kepada penyedia ruangan blog (blogger.com).  Sesiapa sahaja boleh menjadi blogawan.  Seseorang blogawan itu dinilai apabila dia menulis blog.  Seseorang yang hanya mencedok isi kandungan orang lain dan menampal pada blognya pun digelar seorang blogawan.

Buku ini ditulis oleh Aizam Hussin.  Menurut Aizam, buku ini ditulis atas dasar keprihatinan beliau tentang mewujudkan corak persembahan bagi sesebuah blog dengan lebih berkesan.  Kewujudan blog-blog yang tumbuh bagaikan cendawan pada masa sekarang memungkinkan untuk mewujudkan suasana persembahan blog yang mampu memberi nilai tambah terhadap melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

Buku ini membantu seseorang bloggers / blogawan baru untuk memahami dunia blog yang sebenar.

No comments:

Post a Comment