Monday, 1 October 2012

Detroit Rock City


DETROIT ROCK CITY (1999)

PENGARAH
Adam Riffkin

PELAKON
Giuseppe Andrews / Lex
James DeBello / Trip
Edward Furlong / Hawk
Sam Huntington / Jeremiah 'Jam' Bruce

Terasa sangat teruja untuk menonton filem ni apabila saya terbaca mengenainya dalam salah satu ruangan Majalah ROTTW V 177 (2012).  Terasa teruja kerana ceritanya ada kaitan dengan Rock N Roll!  Ehem...seperti biasa, oleh kerana susah untuk mendapatkan dvd untuk movie seperti ini maka terpaksalah saya muat turun dari internet.

Ceritanya berkisar mengenai empat sahabat dari Cleveland, Ohio yang amat meminati KISS.  Mereka ialah Lex, Trip, Hawk dan Jeremiah.  Keempat-empat sahabat ini turut memiliki band tribute KISS yang dipanggil Mystery.  Latar masa filem ini ialah pada tahun 1978.  Mereka berhasrat untuk menyaksikan sendiri KISS beraksi di hadapan mereka secara live. Konsert yang mereka nantikan bakal berlangsung di Detroit.  Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi dalam merealisasikan impian mereka.  Halangan utama ialah ibu kepada Jeremiah yang agak konsevatif - tidak menyukai minat anaknya terhadap muzik rock terutama sekali KISS!  

Salah satu babak yang saya suka dalam filem ini ialah adegan pertembungan mereka dengan mat-mat disco.  Pengarahnya berjaya menimbulkan mood lewat 70-an di mana berlakunya perang genre muzik.  Pengikut muzik rock pada masa itu tidak sehaluan dengan pengikut muzik disco dan saling mengutuk sesama sendiri.  Senario tersebut diperlihatkan semasa Lex, Trip, Hawk dan Jeremiah dalam perjalanan mereka ke Detroit telah bertemu dengan sekumpulan peminat muzik disco.



 
Detroit Rock City - adalah sebuah filem genre komedi.  Anggota KISS, Gene Simmons turut terlibat dalam penerbitan filem ini selain anggota-anggota KISS yang turut muncul dalam adegan terakhir (konsert) filem ini.  Terdapat beberapa adegan dalam filem ini yang tidak sesuai dengan budaya dan nilai-nilai masyarakat kita.  Tapi saya percaya, kita semua mempunyai 'filter' yang mampu untuk menyaring semua itu. KISS bukanlah band favourite saya.  Gua suka filem ini kerana...ROCK N ROLL!

No comments:

Post a Comment