Saturday, 13 October 2012

Zine - Ex Boifren




Dua minggu lepas, di tempat kerja - sorang kawan telah memperkenalkan sebuah zine independent bertajuk ex-boifren kepada saya dan kawan-kawan. Katanya, zine tu milik kawannya dan sesiapa yang berminat bolehlah menempahnya. Hmm...untuk tidak mengecilkan hatinya maka saya pun membelek-belek zine tersebut. 

Wah...perkara pertama yang menarik minat saya ialah lukisan dan tulisan tangan pemilik majalah tersebut.  Saya teringat gaya lukisan kartunis Ayie dan Tembakau.  Kedua-dua kartunis tersebut merupakan bekas pelukis dalam Majalah Ujang sekitar akhir tahun 90-an dahulu.  Saya meminati Ayie kerana ilustrasinya dalam 'Aku Hidup Dalam Blues, Blues Untuk Aku' dan 'Aku dan Sesuatu'.  Tembakau pula kerana lukisan 'Tini'nya.


Dipendekkan cerita, maka saya pun menempalah zine tersebut.  Ini merupakan edisi pertama (cetakan keempat) Oktober 2012.  Menurut pemilik, zine ni merupakan kompilasi monolog, prosa, sedikit motivasi, quotes dan juga cerita-cerita pendek yang asalnya dari kisah benar lalu diputarbelitkan dan ditambah jalan cerita supaya jadi menarik dan dah tak berapa nak benar...ngeee...  Lakaran dibawah adalah atas permintaan saya...he..he..he...thanx...


Kepada sesiapa yang berminat dengan zine ni bolehlah berhubung dengan pemiliknya menerusi link ni http://bonekadalamchermin.blogspot.com/ .  Kepada pemilik zine ni, semoga bertambah maju dan sukses.  Kalo boleh tingkatkan lagi kualiti kertas dan perbanyakkan lagi lukisan yang berwarna.  


No comments:

Post a Comment