Saturday, 13 October 2012

Google & Youtube


LOGO GOOGLE


Apa itu Google dan Youtube?  Korang tau? Hee..he...gua cuma tau melayari internet jak tapi tidak tau apa itu google dan youtube (tau sebut dan guna saja).  Google Inc. merupakan sebuah syarikat awam dan enjin gelintar Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 07 September 1998.  Lokasi syarikat ini ialah di Mountain View, California.

Nama 'google' berasal daripada kesilapan mengeja 'googol', yang merujuk kepada 10 100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar).  Kata kerja 'google' dalam bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam Meriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary yang bermaksud 'menggunakan enjin gelintar google untuk memperoleh maklumat dari internet'.



LOGO YOUTUBE


YouTube adalah penyedia ruang storan untuk video yang terbesar dan merupakan pelopor utama bagi penyediaan video streaming bagi kebanyakan blog dan web-web seluruh rangkaian internet.  YouTube diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal.  Nama domain 'YouTube.com' diaktifkan pada 15 Februari 2005.  Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kalinya secara rasmi.

Pada 9 Oktober 2006, YouTube mengumumkan bahawa ia akan diperoleh oleh Google pada harga AS$1.65 billion dalam bentuk saham.  Perjanjian pembelian antara Google dan YouTube datang selepas YouTube memeterai tiga buah perjanjian dengan syarikat-syarikat media dalam satu percubaan untuk mengelak tuntutan-tuntutan mahkamah terhadap pelanggaran hak cipta.  Urusniaga untuk memperoleh YouTube selesai pada 13 November dan pembelian tersebut merupakan pelaburan Google yang terbesar setakat ini.

Sumber:  Wikipedia (dalam Aizam Hussin, Blog:  Bawa Pemikiran Anda Ke Tengah).


No comments:

Post a Comment