Sunday, 7 October 2012

Universal Soldier & Bait



Minggu ini saya menonton filem lagi, 2 filem untuk 1 malam! Saya menonton filem kedua kerana filem pertama semacam tidak berapa best pulak!  Filem pertama yang saya tonton ialah Universal Soldier: Day of Reckoning. Saya mengharapkan jalan cerita yang hebat melebihi filem Universal Soldier III sebelum ini, tapi hampa! Ceritanya ntahapahapantah...! Pelakon-pelakon utamanya ialah Jean-Claude Van Damme, Dolph Lundgren dan Scott Adkins.  Pengarahnya pulak ialah John Hymas.  

                                                                                

 Universal Soldier:  Day of Reckoning

Sebelum ini, Van Damme dan Dolph hadir bersama dalam filem Expandable II. Saya lebih tertarik dengan lakonan Van-Damme dalam filem itu walaupun dia memegang watak antagonist.  Cerita Universal Soldier versi 2012 berkisar kepada memori John.  Mungkin pihak kerajaan menggunakan klon ‘John’ untuk menjejak dan menghapuskan Luc Deveraux (Van Damme) yang cuba membebaskan golongan ‘universal soldier, daripada kawalan pihak kerajaan (gua agak jak...ha..ha...).  Apa yang ‘menarik’ dalam Universal Soldier 2012 ini ialah aksi-aksi yang mencemaskan dan ganas yang terlampau.  Filem ini tidak sesuai untuk kanak-kanak, ibu-ibu apatah lagi kepada awek-awek korang.  So, jangan bawa golongan-golongan ini ke pawagam untuk menonton filem ini! 


Bait



Bait, sebuah filem thriller dari Australia.  Saya kategorikan filem ini sebagai filem yang ‘biasa-biasa’ saja.  Tetapi, apa yang menarik tentang filem ini ialah elemen 3Dnya. Wow…3D treatment yang terkandung dalam filem ini amat mengujakan.  Paparan dan imej-imej dalam filem kelihatan begitu realistik. Elemen 3D menyebabkan penonton tidak ‘senang duduk’ terutama apabila disajikan dengan plot-plot yang mencemaskan.  Kisah dalam filem ini berkisar tentang serangan jerung dan kejadian tsunami. 


Pelakon-pelakon Bait



Beberapa orang pengunjung dan pekerja terperangkap di dalam sebuah pusat membeli-belah akibat dilanda tsunami.  Turut terperangkap di dalam pusat membeli-belah itu ialah 2 ekor ikan jerung (ganas dan makan budak!!!) yang mengancam keselamatan mereka.  Bagi saya filem ini bertemakan kemanusiaan- cinta, persahabatan dan nilai kekeluargaan.  Pelakon-pelakonnya ialah Xavier Samuel, Julian McMahon, Cole, Christian Troy dan Sharni Vinson.  Pelakon-pelakon lain ialah Alice Parkinson, Phoebe Tonkin dan bintang Singapura Qi Yu Wu dan Adrian Pang.  Pengarah ‘Bait’ ialah Kimble Rendall. 




No comments:

Post a Comment