Tuesday, 20 November 2012

Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan & Kemanusiaan



Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin begitu memilukan.  Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam ataupun ukhuwah Islam kita, malah mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.
(Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

Gaza Itu Memanggilmu
Tangisan itu memanggilmu
Ratapan itu merayumu

Suara  wanita  yang tidak bermaya
Jeritan si kecil yang tidak berdosa
Ratapan si tua yang tidak terdaya

Darah pemuda yang ditumpah
Nyawa perwira yang dimamah
Kau biarkan mereka dilapah

Suara sayu memanggilmu
Bumi Gaza yang diserbu
Dek bangsat yang penuh muslihat
Tentera khianat yang dilaknat

Tergamaknya kau bersahaja
Cuma menjadi penonton setia
Sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma
Tanpa kau rasa duka air mata dosa
Membiarkan mereka dihina derita
Manakah janji bahawa kita bersaudara

Darah Gaza akan menuntutmu di hari muka
Kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan

Bangkitlah dengan keinsafan
Hulurkan tangan pertolongan
Demi Tuhan!  Buat Palestin yang ditawan!

   
Mari kita bersama-sama memboikot segala barangan Yahudi Zionist sebagai bantahan terhadap perilaku zalim mereka.  Tunjukkan semangat persaudaraan dan kemanusiaan kita.  Copy dan paste link di bawah ke dalam blog anda.


<div align="center">

<a href="http://www.inminds.com/boycott-brands.html"><img border="0" alt=""

src="http://3.bp.blogspot.com/-9rZBc-CMSy0/UF6m1FTaMKI/AAAAAAAABTU/Xg5X6wLrzVY/s1600/ANTI+ZIONIST+LOGO.jpg"/></a><br />

</div>

No comments:

Post a Comment