Saturday, 17 November 2012

Salina - A. Samad Said


Saya sedang membaca, Salina - 'masterpiece' daripada Sasterawan Negara, A. Samad Said.
(Akhirnya saya berjaya memiliki novel ini - Edisi Istimewa 50 Tahun)



"Salina" sangatlah luar biasa bagi khazanah sastera saya kerana ia telahpun sempat dipadukan orang tentangnya dengan saya.  Ketika menulisnya dahulu memang saya tidak terfikirkan-ataupun merancang secara berpesan-untuk menjadi karya ini sebuah karya mendidik.  Saya hanya ingin menghantar sebuah kisah realis yang wajar kita renungi dan adili sendiri dengan memberikan tafsiran atau hukumannya.  Saya sendiri tidak bersedia menjadi seorang moralis yang palsu; saya hanya ingin menjadi penyampai sebuah kisah yang-saya harap=bakal mampu membuka fikiran umum tentang wujud kesan perang yang sangat merosakkan.
Sebaiknya perang tidak berlaku lagi-tapi, jika ia berlaku, pastilah kisah seperti "Salina" ini akan mudah berulang dalam bentuk barunya yang mungkin lebih memudaratkan lagi.
- A. Samad Said.

Kulit depan Novel Salina


Saya bukanlah peminat sastera atau pembaca novel tegar.  Tapi...terdapat dua buah buku yang mampu memberi kesan di jiwa saya iaitu - "Salina" dan "Tulang-tulang Berserakan" (SN Usman Awang).  Kedua-duanya mampu menggambarkan citra masa lampau - masa lampau yang penuh memori dan emosi - suka serta duka...dan sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi...

Istimewa - buku ini ditandatangan sendiri oleh A. Samad Said

A. Samad Said ketika muda...?


Kulit belakang novel "Salina"



4 comments:

  1. boleh tau kat mana boleh beli novel Salina ni? dah merata saya cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi 'singgah'... Salina, boleh dibeli melalui wirabukitonline.blogspot.com atau hubungi Helmy Samad melalui helmysamad@gmail.com

      Delete
    2. RM75 Semenanjung / RM80 Sabah/Sarawak.
      Hubungi helmysamad@gmail.com


      Delete