Wednesday, 5 December 2012

Tulang2 Berserakan

Edisi Khas Sasterawan Negara
(Usman Awang)

Novel Tulang-tulang Berserakan

Buat teman-teman yang dikasihi
gelakmu hangus di hutan malam
tinggallah sedu di bilik ibu
(lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri
yang dipahat oleh tangan asing
seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Buat mereka yang tak pernah disapa
atas keberanian dan keyakinan
dengan sedar menerima segala derita

kita dan mereka bersama-sama
menggali lalu menimbuni rangka
dari tulang-tulang berserakan...


Usman Awang 



Melalui karyanya terbukti Usman Awang seorang penganyam bahasa ibunda yang indah, teman simpatik yang sentiasa memimpin dan seniman yang prihatin terhadap rakyat tertindas.  Memang, baginya seni perlu mewarasi kehidupan dan merobah nasib bangsa.  Dia adalah satu-satunya penyemarak semangat dan pengisi cita-cita Asas 50 yang tulen.  (A. Samad Said)


Novel ini mengisahkan pengalaman salah satu pasukan Polis Hutan pada zaman Darurat - zaman hitam yang penuh dengan keganasan, pembunuhan, penderitaan, ketakutan dan kesengsaraan hidup rakyat.  Yang menjadi pokok ceritanya ialah perjuangan Polis Hutan menentang pengganas komunis.
     Akan tetapi jika diteliti dengan lebih luas, nyata benar Usman Awang mengisahkan persoalan yang besar, iaitu perikemanusiaan yang universal sifatnya.  Mesej kemanusiaan ini disampaikan menerusi watak utamanya, Leman - seoarang anak muda yang memiliki rasa kemanusiaan yang sangat unggul, yang kadang-kadang kita rasa agak keterlaluan sifatnya, seolah-olah Leman adalah seorang 'wali' yang tugasnya bukan menghapuskan musuh, tetapi menegakkan keadilan dan kemanusiaan.  (Noor Azam)

Untuk memiliki karya-karya Sasterawan Negara, Usman Awang sebagai koleksi peribadi bolehlah mendapatkannya melalui:  http://www.snusmanawang.com

No comments:

Post a Comment