Sunday, 13 January 2013

The Last Tycoon (2012)



Genre: Drama
Pengarah: Wong Jing
Pelakon-pelakon: Chow Yun-fat, Huang Xiaoming, Sammo Hung, Francis Ng, Yuan Li, Yuan Quan, Monica Mok, Feng Wenjuan, Gao Hu, Xin Baiqing




THE LAST TYCOON (2012) merupakan filem pembuka tirai 2013 bagi saya kerana ia merupakan filem pertama yang saya tonton untuk tahun 2013.  Filem ini mengimbau ingatan saya kepada drama bersiri Kantonis, ‘The Bund’ pada tahun 80-an.  Pelakon utama drama bersiri tersebut juga dilakonkan oleh Chow Yun Fat.  Filem ini diadaptasi daripada kisah hidup ketua penjenayah Shanghai, China yang terkenal iaitu Du Yuesheng (Big-Eared Du).  Du Yuesheng menguasai dunia jenayah Shanghai pada sekitar tahun 1920-an dan 1930-an.

Du Yuesheng (22 August 1888 - 16 August 1951)



Babak pertama filem ini memaparkan kenangan Cheng (Chow Yun Fat) pada zaman mudanya.  Kisahnya bermula pada tahun 1917 di China.  Cheng digambarkan sebagai seorang pemuda yang bekerja di sebuah kedai runcit, tidak mempunyai cita-cita melainkan hanya untuk bersama kekasihnya Qiu. Perjalanan hidup Cheng berubah untuk selamanya apabila pada satu hari dia terjebak dalam insiden yang melibatkan isteri majikannya.  Isteri kepada majikannya telah berlaku curang dengan seorang ketua polis.  Ketua polis tersebut mengambil tindakan dengan membunuh majikan Cheng untuk menutup rahsianya.  Cheng dipenjarakan atas tuduhan merogol si isteri tersebut dan juga membunuh majikannya.



Di dalam penjara, Cheng telah bertemu dengan Mao yang mempunyai rancangan untuk melarikan diri.  Kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada penjara tersebut.  Sebelum melepaskan diri, Cheng telah melakukan pembunuhannya yang pertama.  Dia telah dipaksa oleh Mao untuk membunuh ketua polis.  Selepas kejadian tersebut, Cheng tidak mempunyai pilihan selain daripada meninggalkan kampung dan gadis impiannya.





Sejarah kegemilangan Cheng dalam dunia jenayah bermula apabila dia berkenalan dan bekerja di bawah Jin, seorang inspektor dan juga penjenayah yang berkuasa dan terkenal di Shanghai. Pada ketika inilah Cheng mula mendaki setapak demi setapak menuju kegemilangan dalam dunia ‘mobster’ dan sekaligus menjadi seorang ‘tycoon’.

The Last Tycoon – walaupun memaparkan kehidupan seorang ‘mobster’, filem ini turut menyelitkan unsur kesetiaan dan juga cinta.

  

No comments:

Post a Comment