Thursday, 28 March 2013

Facebook Paling Popular di Malaysia



Facebook, jenama laman sosial yang dicetuskan oleh Mike Zuckerberg menjadi satu fenomena yang melanda dunia.  Facebook adalah laman web sosial yang paling popular dan hebat pada masa kini.  Berdasarkan statistik daripada sumber Alexa dan Google Ad Planner, laman rangkaian sosial Facebook telah dikunjungi kira-kira 6.2 juta pengguna internet di Malaysia.




Kira-kira 4.2 juta penduduk Malaysia pula mengunjungi laman Friendster.  Rangkaian sosial interaktif Myspace pula dikunjungi oleh 2.1 juta pengguna internet di Malaysia, manakala Twitter menerima 750,000 pengunjung.  Statistik ini menunjukkan kegilaan terhadap aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu rutin dalam kehidupan pencinta laman web sosial ini.  Ia seoalah-olah menjadi satu ketagihan bagi pengikut fanatik laman web sosial hingga ada yang sanggup berjaga sampai larut malam bersengkang mata demi untuk berkomunikasi secara maya.

(Dipetik daripada tulisan Siti Badariah Abdullah, BH - Rabu, 27 Mac 2013)

No comments:

Post a Comment