Thursday, 28 March 2013

Fakta-fakta Menarik Tentang Kamera



1.  Orang pertama yang mencipta negatif filem ialah Fox Talbot iaitu pada 1839, iaitu tahun yang sama Hippolyte Bayard memperkenalkan cetakan gambar kepada dunia.

2.  Kertas foto yang pertama diperbuat daripada Asphalt, atau lebih tepat kilatan asphalt digunakan pada plat tembaga.

3.  Camera Obscura atau kamera Pinhole dicipta pada 1500 merupakan kamera moden prototaip pertama yang digunakan sehingga ke hari ini untuk litar dan kamera filem khas.


Kamera Obscura Abad ke-18

Imej di atas dipercayai foto pertama yang 'ditangkap' menggunakan kamera obscura oleh Joseph Nicéphore Niépce pada 1826 (http://photography.nationalgeographic.com).

4.  Gambar berwarna pertama dihasilkan menerusi ilham James Maxwell mengenai warna pada 1861 .

James Clerk Maxwell 1831-1879
Reben Tartan

Reben Tartan merupakan imej pertama berwarna yang dirakam oleh Thomas Sutton.

5.  Plat pertama untuk fotografi warna diperkenalkan pada 1904 oleh sebuah syarikat yang dinamakan 'Lumiere'.

6. Pada 1900 Kodak memperkenalkan kamera brownie yang dijual pada harga 1 dollar dan filem 15 sen.

Brownie No 2

7.  Istilah megapixel digunakan buat pertama kalinya pada 1984

8.  Kamera dalam air pertama diperkenalkan pada 1957 iaitu Calypso-Phot yang direka oleh Jean de Wouters untuk Jacques-Yves Cousteau.
 
 
Calypso

9.  Kamera tertua (Daguerreotype) yang dijual pada satu acara lelong di Vienna pada 2007 mencatat rekod jualan kamera paling mahal di sebuah acara lelong pada harga 732,000 euro.

Daguerreotype 1839

10.   Menurut statistik, cuma 2 daripada 10 imej yang diambil menggunakan kamera digital dicetak pada kertas.

 Sumber:  Majalah PC, Feb 2013

No comments:

Post a Comment