Saturday, 23 March 2013

Jack Pembunuh Gergasi


Pernahkah anda membaca buku cerita bertajuk 'Jack dan Kacang Ajaib'?  Ha..ha...gua masih ingat lagi cerita ni masa sekolah rendah.  Kalau tidak silap, ceritanya berkenaan dgn seorang budak bernama Jack.  Kisahnya bermula apabila ibu Jack memintanya menjual seekor kuda mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli keperluan harian.  Dipendekkan cerita, Jack setuju kudanya itu ditukarkan dengan beberapa biji kacang.  Urusniaga secara sistem barter itu berlaku antara Jack dan seorang perempuan tua (ahli sihir?) di sebuah pasar.

Kweng...kweng...kweng...apabila sampai di rumah, ibu Jack berasa amat marah dan kecewa dengan kebodohan Jack.  Dia mengambil biji-biji kacang tersebut dan melemparkannya ke luar jendela.  Pada keesokan harinya Jack terkejut beruk apabila melihat sepohon pokok kacang gergasi tumbuh di luar jendela biliknya.  Maka pengembaraan Jack pun bermula di situ...  Pada penghujung cerita, Jack berjaya mencuri seekor ayam yang mampu 'menelurkan' telur emas dan sebuah alat muzik yang diperbuat daripada emas.  Semuanya milik seekor gergasi yang...ggrrr....ganas gila!  Maka beliau pun mengejar Jack tadi menuruni pokong kacang gergasi.  Apabila sampai di bumi, Jack pun menebang pokong kacang tersebut, maka encik gergasi tersebut pun jatuhlah menyembah bumi...dan padamlah riwayat gergasi yang 'brutal' tersebut...


Jack the Giant Slayer?  Ya, ceta ini diadaptasi daripada cerita fantasi kanak-kanak - Jack dan Kacang Ajaib.  Cuma dalam ceta ni Jack bukan lagi seorang kanak-kanak, tetapi digambarkan sebagai seorang pemuda yang hensem dan jujur. Watak-watak lain ialah heroinnya, puteri Isabelle, watak antagonis (Roderick), pengawal diraja dan yang utama...gergasi-gergasi yang tidak berapa hensem grrr...ganas dan makan orang!.  Dahlah tidak hensem, pengotor plak tu.  Dalam satu babak tu kan, diperlihatkan seekor gergasi yang berperanan sebagai chef cook (tidak seayu Cef Wan) menyediakan makanan di dapur.  Semasa memasak tu kan beliau sempat mengorek idung dan jari yang digunakan untuk mengorek idung itu dimasukkannya plak ke dalam mulutnya...dan slurrppp...!  Uweek...!


Konflik dalam ceta ni bermula pada satu hari apabila bilik istana diceroboh oleh paderi yang telah mencuri kacang ajaib, kerana mahu menyelamatkan negeri mereka dari anasir jahat. Roderick dan pembantunya mendapat tahu, dan kemudiannya memerintahkan semua tentera mencari paderi itu. Paderi yang dalam ketakutan kemudiannya membuat urusan jual beli dengan Jack.  Dia menyerahkan benih kacang itu kepada Jack untuk mendapatkan kuda Jack dan kemudian cuba melarikan diri dari tempat itu.


Kemudian...secara tidak sengaja puteri Isabelle telah 'dibawa' oleh pokok kacang ajaib itu ke dunia gergasi.  Maka misi dan usaha untuk menyelamatkan puteri Isabelle pun bermula. Misi menyelamatkan puteri dianggotai oleh Jack, pengawal diraja, Roderick dan beberapa orang pengawal.  Roderick pada mulanya berjaya menjadi raja kepada gergasi dengan memakai mahkota ajaib (mahkota yang ditempa khas dengan adunan jantung gergasi), mahu turun ke bumi dalam komplot jahatnya memusnahkan semua negeri dan menjadi pemerintah. Tetapi dia telah dibunuh oleh pengawal diraja sebelum sempat menjayakan komplot kejamnya itu. Ceritanya bukan tamat disini. Gergasi yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat menangkap puteri, kemudian turun ke bumi untuk memusnahkan bumi dan memakan manusia. Tetapi Jack  menjadi hero dengan membunuh ketua gergasi...dan  akhirnya dia dan puteri hidup bahagia...The End.  

Kalau baca sinopsis ceta ni macam mengarut jak, ha..ha...untuk lebih kepuasan, berkunjunglah ke pawagam-pawagam berdekatan untuk menontonnya.  Filem fantasi yang best dan menghiburkan, sesuai ditonton oleh semua golongan (kanak-kanak - 13 tahun ke atas)... Dan yang lebih best, movie ni dalam versi 3G...


No comments:

Post a Comment