Tuesday, 26 March 2013

Penawar Duka Pengubat Sengsara

Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Saya suka buku dan penulis buku ini.  Buku ini meliputi coretan rohani dan puisi nurani si penulisnya...

'Penawar Duka Pengubat Sengsara' merupakan himpunan tulisan Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyentuh soal mencari ketenangan dan memahami hakikat kehidupan di sudut rohani insani.  Ia banyak menyentuh bagaimana insan dapat mengubati masalah kehidupan serta bagaimana mencapai sebab yang menjadikan ALLAH menurunkan keindahan dan ketenangan ke dalam kehidupan.

Insan sentiasa memerlukan penawar dalam hidup.  Tidak kira sama ada ketika perit dan pahit ataupun ketika suka dan gembira.  Ketika derita, moga penawar itu dapat mengubat sengsara.  Ketika bahagia, penawar itu akan membuka lebaran kebahagiaan jiwa yang pelbagai warna dan rasa.  Penawar jiwa menjadikan insan melihat ufuk kehidupan begitu luas.  Pengubat sengsara menukar derita insan kepada rasa bahagia dan menenangkan jiwa dalam merentasi lurah dan denai pengembaraan hidup.

Artikel-artikel dalam buku ini agak berbeza sedikit dengan sebahagian tulisan beliau yang banyak membahaskan soal ilmiah dan pemikiran.  Buku ini lebih santai dan menggunakan bahasa serta bicara yang mendekati jiwa dan rohani insani.  Di samping itu, memang ada juga beberapa sentuhan yang agak ilmiah berkaitan dengan tema yang dibincangkan.

(Diubahsuai daripada tulisan pembuka bicara Dato Dr Asri) 

No comments:

Post a Comment