Thursday, 28 March 2013

Smartphone Merosakkan Kitaran Tidur

Penggunaan Smartphone Sebelum Tidur
 Boleh Merosakkan Kitaran Hidup Pengguna

Samsung Galaxy Note II

Gajet pintar seperti smartphone atau tablet sememangnya sangat membantu kita dalam menjalankan kehidupan seharian tanpa memerlukan banyak peranti berasingan.  Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan panduan arah menggunakan navigasi GPS, mendapatkan maklumat segera melalui internet, mengambil gambar menarik yang boleh dikongsikan ke laman sosial dengan segera dan banyak perkara lagi boleh dilakukan dengan keupayaan smartphone yang canggih.

Namun disebabkan oleh kecanggihan smartphone dan tablet ini jugalah, ramai di antara kita yang menjalani gaya hidup yang kurang sihat kerana sering menggunakan smartphone atau tablet ketika berada di atas katil sebelum tidur.  Tabiat tersebut sebenarnya mampu merosakkan kitaran tidur kerana waktu tidur kita akan terganggu tanpa disedari.  Fakta ini jelas dapat dilihat melalui paparan infografik yang dibuat oleh Online PsychologyDegree.net, iaitu sebuah blog yang menawarkan maklumat lengkap berkaitan bidang psikologi manusia.


Berdasarkan kajian yang dilakukan, 95% daripada individu mengakui bahawa mereka menggunakan gajet sepaerti smartphone, tablet, komputer dan TV sebelum mereka tidur.  Daripada jumlah tersebut, terdapat tiga kategori utama aktiviti yang sering dilakukan iaitu melayari internet atau laman sosial, menghantar teks mesej dan juga menonton TV.  Manakala hanya 5% sahaja individu yang langsung tidak menyentuh smartphone atau tablet mereka sebelum tidur.

http://www.gizmag.com

Rasanya pasti ramai di antara pembaca di luar sana yang meungkin tergolong di dalam kategori yang cenderung untuk meletakkan smartphone mereka di atas katil apabila mereka tidur.  Berdasarkan kajian yang dijalankan, lebih kurang 90% individu yang berumur di antara 18 hingga 29 tahun mengatakan bahawa mereka akan tidur bersama-sama dengan smartphone yang diletakkan di sisi mereka sewaktu mereka tidur

Menurut OnlinePsychologyDegree.net, 1 daripada 4 individu yang memilik smartphone tidak menggunakan mode senyap sebelum mereka masuk ke bilik tidur.  Malah, 1 daripada 10 individu mengatakan bahawa mereka sering terjaga dari tidur lebih dari sekali akibat daripada bunyi nada dering panggilan, teks mesej ataupun emel.  Tabiat sebegini semangnya patut kita hindari kerana ia bukan sahaja boleh mengganggu tidur kita, malah ianya juga turut memberi kesan kepada individu lain yang berhampiran.

Tersedar tanpa sebab apabila sedang tidur dan terus mencapai smartphone mungkin merupakan salah satu daripada kesan negatif di atas penggunaan smartphone sebelum tidur.  Perbuatan spontan ini mungkin terjadi disebabkan oleh aktiviti individu menghantar teks mesej atau mengemaskini laman sosial sebelum tidur.  Disebabkankan itulah, seseorang individu akan terus mencapai smartphone tersebut untuk diperiksa sama ada menerima teks mesej atau komen tanpa disedari.  Kajian juga turut mendedahkan bahawa 1 daripada 2 individu tersedar tanpa sebab ketika mereka sedang tidur dan terus mencapai smartphone.

Kesan Terhadap Kehidupan:
1.  Mengganggu Kitaran Tidur
Penggunaan gajet bukan sahaja menyebabkan kita seing tersedar daripada tidur, malah ia juga akan membuatkan kita lebih sukar untuk tidur.  Ini kerana pendedahan cahaya daripada paparan skrin elektronik selama 2 jam akan menyekat lebih kurang 22% melatonin, iaitu sejenis bahan kimia semulajadi di dalam tubuh yang memudahkan kita untuk tidur.  Selain itu, penggunaan gajet pada lewat malam juga bukan sahaja akan menggangu tidur kita, bahkan ia juga boleh mengakibatkan tanda-tanda stres dan tekanan.

2.  Punca Kemalangan
Berdasarkan kepada statistik kemalangan jalan raya, 1 daripada 5 punca kemalangan yang berlaku di seluruh dunia adalah disebabkan oleh faktor mengantuk.  Ini secara tidak langsung boleh juga dikaitkan dengan kitaran tidur yang terganggu disebabkan oleh pengguanaan smartphone yang tidak terkawal, terutamanya pada waktu tidur.

3.  Produktiviti Kerja Terganggu
Akibat daripada pengguanaan smartphone yang tidak terkawal juga, ramai di antara individu di luar sana yang mengabaikan waktu tidur yang sempurna.  Mereka lebih mengutamakan keseronokan ketika menggunakan smartphone berbanding waktu tidur yang mencukupi iaitu antara 7 - 9 jam untuk golongan dewasa.  Waktu tidur yang tidak mencukupi telah memberi kesan terhadap produktiviti di tempat kerja, apabila 3 daripada 10 individu tertidur di tempat kerja.

4.  Gangguan Kesihatan 
Kekurangan waktu tidur yang secukupnya atau kurang 6 jam sehari turut memberi impak kepada tahap kesihatan kita.  Apa yang lebih menakutkan, individu terbabit akan berhadapan dengan risiko terkena serangan jantung sebanyak 50% berbanding individu yang memiliki tidur yang mencukupi.

Sumber:  Majalah e-ring, Januari 2013

No comments:

Post a Comment