Friday, 19 April 2013

Masa Untuk Samsung Galaxy Note II


Samsung Galaxy Note telah mencetuskan kegilaan di kalangan penggemar 'fontab' (smartphone dan tablet) di seluruh dunia.


Jenama Galaxy Note mencetuskan revolusi baru dengan S-Pen sebuah inovasi prestasi, gaya dan konsep teknologi yang mengkagumkan.  Kehadirannya pada Oktober tahun lalu mencetuskan fenomena tersendiri apabila dalam suku pertama 2012 (Januari hingga Mac), Galaxy Note generasi pertama terjual lebih daripada lima juta unit di seluruh dunia.

http://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_note_ii_n7100

Siapa sangka, di sebalik kekalutan saman-menyaman dan puluhan peranti baru dicatatkan dijual setiap bulan, Galaxy Note berjaya menongkah arus menepati selera pengguna serta berada dalam kelasnya yang tersendiri.  Kini seperti tahun sebelumnya, IFA Berlin 2012, menjadi saksi munculnya peranti dengan inovasi dan kemas kini berkelas dunia baru, Samsung Galaxy Note II.  Note II ditampilkan dengan S Pen baru dan perisian lebih segar bersamanya.  Saiz S Pen ini juga berubah menjadi tiga suku daripada saiz telefon, memberi keselesaan apabila digunakan.

http://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_note_ii_n7100

http://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_note_ii_n7100

Sensitiviti tekanan dikatakan sama seperti Galaxy Note 10.1, bermaksud anda boleh mendapatkan kadar sensitiviti pen mesra-seni 1,024.  Note II juga mempunyai penambahan menarik apabila S Pen dialihkan daripada tempatnya, ia akan membuka aplikasi yang anda tetapkan untuk berinteraksi bersama S Pen secara automatik.  Sekiranya aplikasi ini terpasang secara tiba-tiba, anda tahu bahawa S Pen tidak berada di dalam perumahnya (boleh mengelakkan kehilangan).  

Note II juga ditambah dengan ciri Air View yang membuka dunia baru antara muka (UI).  Ia membolehkan anda melihat fungsi previu atau kandungan folder sebelum anda 'tap' atau membukanya.  Sementara itu, Pop-up Note yang dahulunya dipanggil S Note pula menyediakan tetingkap aplikasi yang boleh ditetapkan saiznya dan ditempatkan ke atas aplikasi lain.

http://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_note_ii_n7100

Spesifikasi Samsung Galaxy Note II
OS - Android 4.1 (Jelly Bean)
Pemproses - 1.6 GHz quad-core Exynos
Dimensi - 5.95 X 3.16 X 0.37 inci (151.1 X 80.5 X 9.4mm)
Saiz skrin - 5.5 inci
Berat - 180g
Resolusi skrin - 1.280 X 720 piksel (267ppi)
Jenis skrin - HD Super AMOLED
RAM - 2GB
Bateri - 3,100mAh
Radio - HSPA +, LTE
Storan dalaman - 16/32/64GB
Storan luaran - microSD (sehingga 64GB)
Bluetooth - Versi 4.0
Kamera hadapan - 8MP, Auto Fokus dengan LED flash
Kamera belakang - 1.9MP
Rakaman video - 1080p
NFC - Ya

Sumber:  Majalah PC (Okt 2012)

No comments:

Post a Comment