Friday, 19 April 2013

Siapa Si Robot Hijau @ Android?


Peningkatan jualan smartphone yang menjadi trend masa kini secara tidak langsung memperlihatkan platform Android menjadi pilihan kepada pengeluar dan juga pengguna smartphone pada tahun 2013.  

Platform terbuka yang sentiasa menerima pembaharuan dari segi firmware yang bermula dengan Android versi 1.0 dan yang terkini 4.2 (Jelly Bean).  Ini membuktikan komitmen Google untuk memenangi hati pengguna smartphone Android.  Pada tahun 2012 memperlihatkan kecenderungan pengguna untuk memilih patform Android berbanding iOS.

Apakah sebenarnya Android yang digambarkan dalam bentuk sebuah robot berwarna hijau?  Android sebenarnya adalah satu sistem operasi (OS) untuk peranti-peranti seperti telefon bimbit, tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android pada asalnya dibangunkan oleh Android Inc (firma yang kemudiannya dibeli oleh Google).  Kemudian, untuk mengembangkan Android, maka dibentuklah Open Handset Alliance iaitu sebuah konsortium yang terdiri daripada 34 syarikat telekomunikasi termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile dan Nvidia.

Berikut adalah beberapa versi Android yang telah dikeluarkan oleh Google:
1.  Android 1.0 (23 Sept 2008)
2.  Android 1.1 (09 Feb 2009)
3.  Android 1.5 Cupcake (30 April 2009)
4.  Android 1.6 Donut (15 Sept 2009)
5.  Android 2.0 Eclair (26 Oct 2009)
6.  Android 2.2 Froyo (20 May 2010)
7.  Android 2.3 Gingerbread (06 Dec 2010)
8.  Android 3.0 Honeycomb (10 Mei 2011)
9.  Android 4.0 Ice Cream Sandwich (19 Okt 2011)
10.  Android 4.1 Jelly Bean (09 Julai 2012)
Pada tahun 2013 ini, Google dijangka akan memperkenalkan Android versi terbaru yang dikenali sebagai 5.0 (Key Lime Pie).

Sumber: 
http://id.wikipedia.org/wiki/Android
http://www.taufiksm.com
Majalah Ering (Jan 2013)

No comments:

Post a Comment