Friday, 19 April 2013

Yuna & Galaxy Wonderland


Samsung dan Yuna berganding buat kali kedua selepas kejayaan kolaborasi dalam Sparkle Project, yang telah memenangi Video Muzik Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM)



Samsung selaku peneraju global media digital dan teknologi penumpuan digital, telah meneruskan kerjasama kreatif dengan penyanyi dan juga duta Galaxy Note II, Yuna Zarai.  Dibangunkan selepas kejayaan projek pertama yang berjaya memenangi anugerah iaitu Sparkle Project, Samsung dan Yuna kini akan meneruskan perjalanan yang dibantu oleh Galaxy Note II, untuk menampilkan keistimewaan Malaysia di dalam projek terbaru iaitu Galaxy Wonderland.



Rakyat Malaysia kini boleh mengemukakan cerita tentang inspirasi mereka di portal www.galaxywonderland.my bagi membolehkan Yuna mencari idea kreatif menulis sebuah lagu baru.  Diilhamkan daripada cerita yang dikongsikan pada Galaxy Note II untuk menghasilkan ilustrasi kreatif di dalam portal tersebut.  Dilancarkan pada awal Oktober, perjalanan Yuna di dalam Galaxy Wonderland akan dipaparkan dalam siri Astro Ria, dimana beliau akan meneroka cerita yang dikemukakan oleh rakyat Malaysia dalam mencari inspirasi untuk lagu terbarunya nanti.

Sumber:  Majalah Ering (Jan 2013)

No comments:

Post a Comment